Abstract:
Kisah kuda yang selama ini menjadi kuda lumba tidak dapat melepaskan diri dari kawasan rumah tuannya yang luas dengan dikelilingi pagar. Tuannya telah meninggal dunia menyebabkan kuda hanya mampu berlegar sekitar kawasan sekeliling rumah sahaja. Apabila dia disedarkan dari lamunan sebagai seekor kuda yang tangkas berlari dan gagah melompat, maka dia pun dapat melepaskan dirinya dan bebas.