Abstract:
Program Start-Up BluePrint 2025 merupakan inisiatif kolaboratif antara Persatuan Mahasiswa Perubatan & Sains Kesihatan dan Persatuan Mahasiswa Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan bagi memperkukuh budaya keusahawanan merentas disiplin dalam kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah. Program ini dirangka untuk menyediakan pendedahan sistematik mengenai pembangunan idea perniagaan, inovasi berasaskan penyelesaian masalah sebenar, serta pemahaman terhadap ekosistem start-up. Melalui pendekatan berasaskan latihan, bimbingan, dan kerja berpasukan antara dua kluster akademik, program ini turut bertujuan melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, berdaya saing, dan berkeupayaan meneroka peluang keusahawanan yang relevan dengan keperluan industri semasa. Secara keseluruhan, program ini menyumbang kepada pembinaan kapasiti keusahawanan mahasiswa dan pengukuhan jaringan kolaboratif antara fakulti sebagai usaha menyokong agenda universiti dalam pemerkasaan modal insan. #umsthebrainofborneo #fpepums