Abstract:
Program UniMadani di Komuniti Tertumpu Kampung Lingkodon Tengah, Kota Belud merupakan inisiatif kolaboratif yang digerakkan oleh Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat, Universiti Malaysia Sabah untuk memperkukuh kapasiti keusahawanan sosial dalam kalangan komuniti luar bandar. Program ini melibatkan pemindahan ilmu oleh empat orang pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan yang memberi tumpuan kepada empat komponen utama: storytelling untuk penjenamaan berasaskan naratif budaya, penggunaan teknologi dan strategi pemasaran untuk meningkatkan capaian pasaran, kelestarian kewangan bagi memastikan daya tahan perniagaan, serta penerapan Kanvas Model Perniagaan sebagai kerangka pembangunan strategi keusahawanan sosial. Keseluruhannya, program ini bukan sahaja berperanan mempertingkatkan nilai ekonomi produk tudung saji Bajau-Sama, malah turut menyokong pembinaan model keusahawanan komuniti yang mampan, selaras dengan agenda libatsama masyarakat dan pembangunan inklusif UMS.
Description:
Program UniMadani diselaraskan Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat UMS melalui pemindahan ilmu empat pensyarah FPEP yang memfokuskan kemahiran storytelling, teknologi dan pemasaran, kelestarian kewangan perniagaan, serta Kanvas Model Perniagaan bagi memperkukuh keusahawanan sosial komuniti.