Abstract:
Bicara Kebajikan 3.0 merupakan inisiatif pendedahan kepada mahasiswa mengenai pelbagai bentuk bantuan kewangan dan sokongan kebajikan yang disediakan oleh agensi kerajaan serta Universiti Malaysia Sabah. Program ini menekankan kefahaman terhadap mekanisme pinjaman dan biasiswa, termasuk tanggungjawab pengurusan kewangan yang beretika dan berdisiplin. Melalui pendekatan falsafah memberi, menerima dan memberi semula, mahasiswa digalakkan untuk bukan sahaja memanfaatkan kemudahan yang disediakan, tetapi juga membina komitmen akademik yang kukuh dan kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab pembayaran balik demi kelangsungan sistem sokongan pendidikan tinggi pada masa hadapan.
Description:
Satu platform pencerahan kebajikan mahasiswa yang memberi fokus kepada akses bantuan kewangan, kefahaman peraturan pinjaman dan biasiswa, serta pembentukan sikap bertanggungjawab demi kelestarian sokongan pendidikan tinggi.